KUALA LUMPUR: Astro Kasih ESG, Yayasan Ikhlas dan McDonald's Malaysia mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan bekerjasama meraikan Ramadan bersama 250 penghuni komuniti PPR Desa Tun Razak di ibu negara baru-baru ini.
Selain menceriakan suasana, kolaborasi bersama ini bertujuan untuk membantu para penduduk meraikan Ramadan dengan lebih bermakna sejajar dengan slogan Kempen Ramadan Astro iaitu ‘Semangat Lebaran Kita’.
Astro Kasih ESG turut menyediakan bahan-bahan keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.
Manakala pihak Yayasan Ikhlas memberikan wang sumbangan RM100 kepada setiap isi rumah.
McDonald's Malaysia turut memberikan sumbangan RM10,000 kepada Yayasan Ikhlas untuk membantu Yayasan Ikhlas melakukan aktiviti sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Turut memeriahkan suasana acara tersebut adalah kehadiran artis-artis yang mewakili Kempen Ramadan Astro iaitu Nadhir Nasar, Yaya Zahir, Erissa Puteri, Idris Brown, Putera Madam, Padel Madam, Timah dan Syazwan Shuhaimi serta pelakon Lisa Surihani.
Program ini turut menyaksikan pengagihan bubur lambuk, pemberian sumbangan dan sesi beramah mesra bersama komuniti PPR Desa Tun Razak.
Bantuan yang diberi diharapkan dapat mengurangkan serba sedikit beban yang dihadapi komuniti PPR Desa Tun Razak dalam menyambut bulan Ramadan dengan lebih sempurna.
Astro Awani
Sun Apr 10 2022
Program ini turut menyaksikan pengagihan bubur lambuk, pemberian sumbangan dan sesi beramah mesra bersama komuniti PPR Desa Tun Razak.
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Buat kali pertama, TH guna Content Delivery Network atau 'cloud' ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.
Astro Kasih agih 1,000 bungkus bubur lambuk untuk komuniti Taman Medan
Inisiatif ini turut disertai oleh barisan selebriti tempatan termasuk duta kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.
Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok
Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching pada 30 hingga 31 Julai ini.
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.
Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak
Astro Kasih ESG telah menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.
Astro Kasih sumbang 60 troli pendidikan kepada pesakit wad pediatrik
Astro Kasih tampil dengan menyumbangkan 60 troli pendidikan kepada wad pediatrik di seluruh negara.
Astro Kasih sumbang keperluan asas kepada 100 keluarga kampung Malinsau, Ranau
Kesukaran kira-kira 100 keluarga dan ketua isi rumah dari Sekolah Kebangsaan Malinsau, Ranau untuk mendapat keperluan asas sepanjang tempoh PKP dapat perhatian Astro Kasih.
Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman
Jacky Kok Jing Hong dan gandingan Wan Arif Junaidi-Muhammad Haikal Nazri raih emas dalam kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki di kejohanan Terbuka Junior Jerman YONEX.
Kem Badminton Astro mampu lahirkan pemain bertaraf dunia - Chong Wei
Penganjuran KBA adalah untuk meningkatkan kemahiran pemain muda berumur 10 hingga 12 tahun, melalui program latihan profesional.
Astro Kasih raikan 2,500 golongan istimewa Kimanis
Mereka diraikan dalam satu Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran Astro Kasih bagi kawasan Parlimen Kimanis di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, pada Sabtu.